Wednesday 7 May 2008

Sudah Lama


Sudah lama aku tidak menulis. Kerja, kerja dan kerja mungkin menjadi punca. Begitu juga dalam kehidupan aku ini, kerja dan perjalanan hidup mungkin lebih menarik perhatianku untuk mengimbangkan peruntukan masa duniawi dan ukhrawi. Sudah lama aku tidak melangkah kaki untuk majlis ilmu. Sehingga kan sudah banyak halaman kitab Perukunan Jawi ini dibaca oleh Guru. Ahh, sudah lama aku tidak menadah kitab kerana pada masa yang sama aku lebih suka menadah mata dan telinga melihat berita di tv. Ahh, sudah lama aku tidak menulis, karat dijemari ku kian terasa.... Ahh, sudah lama aku tidak kemajlis seperti itu, karat dihatiku semakin kematu...

No comments: