Setiap makluk itu baharu, dan setiap yang baharu itu sifatnya akan berubah ubah. Maka begitulah juga dengan Gertok Pulau Sekati, yang sekarang ini sedang diancam oleh gelombang pembangunan.
Pembinaan sebuah jambatan moden dari Kg Losong ke Pulau Sekati dan terus ke Teluk Pasu sedang dalam peringkat awal, yang akan dibina selari dengan Gertok Pulau Sekati ini.
Maka barang siapa yang ingin merakamkan Pulau Sekati dalam keadaan yang masih asli ini, sila lah berbuat demikian dengan kadar yang amat segera.
Saya difahamkan, Gertok Kayu Pulau Sekati akan dikekalkan dan sedang dibaik pulih sewajarnya dalam ciri ciri asalnya, yakni, menggunakan bahan asas kayu.
Dalam gambar diatas (kiri) , telah dapat dilihat kerja penambakan tebing telah bermula dan jika dibandingkan dengan gambar yang diambil pada tahun 2012, sepohon pokok rengas dikiri kepala Gertok telah pun ditebang dan telah menjadi sebahagian dari lipatan sejarah.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment