Wednesday, 14 March 2007

Kuala Sepetang


Ini adalah sebahagian dari helaian kehidupan di sekeliling kita yang jarang kita amati. Wanita wanita ini adalah sebahagian dari tenaga kerja di industri penghasilan arang bakau di Kuala Sepetang, Taiping. Pekerjaan yang dianggap ringan disini, tetapi amat berat bagi saya yang saban hari mencari rezeki menghadap komputer. Dengan upah yang minimal, suasana kerja yang terdedah kepada semua unsur alam, mereka tetap tabah meniti hari berganti hari, bulan berganti tahun, generasi berganti generasi, demi untuk menambah pendapatan keluarga. Demi untuk melihat kantung beras tetap terisi, anak tetap kesekolah dan tidur malam masih lagi dibawah atap.

1 comment:

Husin Ahmad said...

Hi, if possible may i have the number of the contact person in this arang bakau industry in Kuala Sepetang. May email me to hus7@yahoo.com. Appreciate ur help.